Julia Perez

Yuli Rachmawati, juga dikenali sebagai Julia Perez (15 Julai 1980 – 10 Jun 2017) merupakan seorang model, pengacara, pelakon drama bersiri dan penyanyi dangdut Indonesia.[1]Kerjaya Julia, atau mesra dengan panggilan akrabnya Jupe, bermula di Perancis. Perkenalannya dengan model lelaki Damien Perez (Yusuf Perez) yang kemudian menjadi suaminya, membuka kesempatan awal dirinya tampil sebagai model majalah FHM dan Maxim di Perancis. Sebelum itu, Jupe mendapat kesempatan melanjutkan pendidikan di Belanda melalui latihan sebagai setiausaha di sebuah syarikat swasta.[2] Berkat penampilannya dalam FHM dan Maxim, Jupe dinamakan sebagai antara satu daripada 100 wanita terseksi versi majalah FHM dan Maxim. Beliau juga digelar sebagai “bom seks” kerana persembahan seksinya.[3][4][5][6]

Julia Perez

Pekerjaan Pelakon, penyanyi, model
Ibu bapa Angkasa Jaya (bapa)
Sri Wulansih (ibu)
Pasangan Gaston Castano (bercerai)
Damien Parguci (bercerai)
Tahun aktif 2002–2017
Nama lain Jupe
Meninggal dunia 10 Jun 2017(2017-06-10) (umur 36)
Jakarta, Indonesia
Sebab kematian Kanser serviks
Kelahiran Yuli Rachmawati
(1980-07-15)15 Julai 1980
Jakarta, Indonesia
Pusat pendidikan Universiti Bung Karno